Penstrukturan semula pengangkutan awam di Kuala Lumpur Rapid_KL

Keperluan sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur dirombak semula menjadi nyata semenjak laluan LRT memulakan operasi komersialnya apabila bilangan penumpang didapati kurang daripada yang dijangkakan, mengakibatkan hasil jualan yang kurang memuaskan menyebabkan kedua-dua pemilik konsesi LRT , Sistem Transit Aliran Ringan Sdn Bhd (Star-LRT) dan Projek Usahasama Transit Ringan Automatik Sdn Bhd (Putra-LRT), tidak mempu membayar balik pinjaman komersial mereka. Krisis kewangan 1997/98 memburukkan lagi keadaan. Kedua-dua syarikat ini berhutang sebanyak RM5.7bil pada November 2001 apabila Corporate Debt Restructuring Committee (CDRC) anjuran kerajaan menstrukturkan semula hutang kedua-dua syarikat tersebut.

Perkhidmatan bas di Kuala Lumpur juga dibelenggui masalah kekurangan penumpang akibat kenaikan penggunaan pengangkutan persendirian serta kekurangan pelaburan modal. Dua konsortium bas yang ditubuhakn pada pertengahan 1990-an untuk mengambil alih kesemua perkhidmatan bas di Kuala Lumpur - Intrakota Komposit dan Cityliner - mula menghadapi masalah kewangan. Intrakota dilaporkan mengumpul kerugian berjumlah RM450j kesan krisi kewangan 1997/98 sehingga pengambilalihan oleh SPNB pada 2003.

Akibat hasil yang rendah ini, pengendali bas tersebut tidak mampu menjaga kenderaan sedia ada atau melabur untuk memperoleh bas baru. Kekerapan tejejas dan perkhidmatan merosot akibat kerosakan bas.

Penggunaan pengangkutan awam di Lembah Kelang menjunam sampai 16% daripada keseluruhan perjalanan, menjadikannya antara kadar penggunaan yang terendah di rantau Asia.

Pada tahun 2001, CDRC berjaya menstrukturkan semula hutang bernilai RM5.7bil kedua-dua syarikat LRT melalui penghasilan bon jaminan kerajaan oleh SPNB. SPNB secara rasminya mengambil alih pengendalian LRT daripada Star-LRT dan Putra-LRT pada 1 September 2002.

Pada bulan Oktober 2003, SPNB membayar RM177j mengambil alih Intrakota Komposit dan anak syarikatnya dari DRB-Hicom, dan juga membayar RM14j untuk 364 buah bas milik Cityliner. Syarikat-syarikat asal tersebut dinamakan sebagai pengendali sementara.

Pda bulan November 2004, SPNB memberi hak pengendalian perkhidmatan LRT dan bas kepada RapidKL.

Pada bulan Januari 2006, RapidKL memulakan rombakan semula rangkaian bas Lembah Kelang secara besar-besaran.